METAL GEAR SOLID 3


Metal Gear Solid 3: Snake Eater (seringkali disingkatkan sebagai MGS3) atau disebut dalam bahasa Jepun sebagai Metaru Gia Sorishido 3 Suneku Ita , merupakan sebuah judul permainan video selinap dan aksi. Judul ini dihasilkan oleh Konami Computer Entertainment Japan dan diarah oleh Hideo Kojima. Judul ini dipasarkan oleh Konami pada tahun 2004 untuk konsol PlayStation 2. Kisah dalam MGS3 merupakan permulaan bagi kisah dalam keseluruhan siri Metal Gear. Kisah judul ini disambung terus oleh judul Metal Gear yang lain iaitu Metal Gear Solid: Portable Ops.

Call of Duty 3 merupakan permainan video ketiga dalam siri Call of Duty. Ia boleh dimainkan pada semua sistem permainan video generasi ketujuh: Xbox 360, PlayStation 3 dan Wii. Selain itu, terdapat juga versi untuk PlayStation 2 dan Xbox. Ia telah dilancarkan pada 7 November 2006.

Need for Speed: Carbon, juga dikenali sebagai NFS Carbon atau NFSC adalah sebuah judul permainan video keluaran Electronic Arts dalam siri Need for Speed. Judul ini merupakan versi keempat belas, didahului oleh Need for Speed: Most Wanted dan diikuti oleh Need for Speed: ProStreet.

RED ALERT 2


Command & Conquer: Red Alert 2 merupakan permainan strategi masa sebenar 2.5D yang dibangunkan oleh Westwood Studios, untuk Microsoft Windows pada tanggal 28 September 2000 sebagai susulan kepada Command & Conquer: Red Alert. Red Alert 2 dikatakan bermula setelah kempen Pasukan Berikat dalam permainan pertama tamat, tetapi perkara ini bergantung pada perdebatan.

Red Alert 2 terbukti mendapat kejayaan dengan sambutan hangat para pemain, mendapat 8.4 dari GameFAQs dan 8.6 dari GameRankings Red Alert 2 juga menerima sindiran dari segi Jualan, kerana hanya menjual 2.46 juta buah unit, berbanding The Sims: Livin Large yang menjual 2.99 juta buah Unit.

SIM CITY 4


SimCity 4 (SC4) adalah sebuah permainan simulasi pembinaan bandar untuk komputer yang dibangunkan oleh Maxis, sebuah subsidiari Electronic Arts. Ia diterbitkan pada 14 Januari, 2003. Ia merupakan pemasangan keempat dalam siri SimCity. SimCity 4 mempunyai sebuah pek kembangan yang dikenali sebagai Rush Hour yang mana menambah beberapa ciri dalam permainan ini. SimCity 4: Edisi Deluxe mengandungi permainan asal dan Rush Hour digabungkan sebagai sebuah produk.

CRYSIS


Crysis, permainan pertama dalam trilogi[5], ialah permainan komputer fiksyen sains penembak orang pertama yang dikembangkan oleh pemaju Jerman Crytek, dan diterbitkan oleh EA Games.


HL : 2


Half-Life 2 (HL2) ialah satu permainan komputer penembak orang pertama cereka sains yang merupakan susulan kepada Half-Life. Ia dibangunkan oleh Valve Software Corporation dan dilancarkan pada 16 November 2004, lima tahun selepas projek ini bermula, semasa itu kod puncanya yang telah bocor ke Internet.

GTA : SAN ANDREAS


Grand Theft Auto: San Andreas ialah sebuah permainan video dan komputer aksi-pengembaraan yang diterbitkan oleh Rockstar Games dan dibangunkan oleh Rockstar North. Ia adalah permainan 3D ketiga dalam francais permainan video Grand Theft Auto dan juga siri permainan video kelima secara keseluruhannya. Permainan isi asalnya diterbitkan untuk pelantar PlayStation 2 pada Oktober 2004, amun kini terdapat juga versi Xbox dan Microsoft Windows, dan laris dijual di ketiga-tiga pelantar. San Andreas mengikuti Grand Theft Auto: Vice City dan diikuti oleh Grand Theft Auto IV.

COUNTER-STRIKE


Counter-Strike, lazim diringkaskan ke CS, atau CS:S untuk Counter-Strike: Source, adalah berdasar-pasukan, taktikal penembak orang-pertama permainan dimana berasal dengan Jumlah mod tukaran dicipta oleh Minh "gooseman" Le dan Jess Cliffe, dari Valve Software penembak orang-pertama, Half-Life. Permainan ini telah dikembangkan ke dalam siri sejak keluaran asalnya, dimana sedang termasuk Counter-Strike: Condition Zero dan Counter-Strike: Source.

NFS : UNDERCOVER


Need for Speed: Undercover adalah judul kedua belas bagi siri permainan video perlumbaan Need for Speed, dibangunkan oleh EA Black Box dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dijangka dilancarkan untuk kesemua konsol permainan video generasi semasa, PlayStation 2 dan Microsoft Windows pada November 2008.