
Metal Gear Solid 3: Snake Eater (seringkali disingkatkan sebagai MGS3) atau disebut dalam bahasa Jepun sebagai Metaru Gia Sorishido 3 Suneku Ita , merupakan sebuah judul permainan video selinap dan aksi. Judul ini dihasilkan oleh Konami Computer Entertainment Japan dan diarah oleh Hideo Kojima. Judul ini dipasarkan oleh Konami pada tahun 2004 untuk konsol PlayStation 2. Kisah dalam MGS3 merupakan permulaan bagi kisah dalam keseluruhan siri Metal Gear. Kisah judul ini disambung terus oleh judul Metal Gear yang lain iaitu Metal Gear Solid: Portable Ops.





